Wednesday, 20 February 2013

Sunday, 11 November 2012

EVENING PRIMROSE OIL

 okay guys. anda semua tahu bahawa EPO bukan saja suatu yang baru, so saya nak kongsi sikit kebaikan dan kahsiat vitamin untuk kita dikongsi bersama; sesuai kepada yang mengalami masalah kulit  masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid, artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi

  Faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Lebih- lebih lagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti seharian mereka. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.
 
  saya sendiri mengamalkan pemgambilan EPO dan sekarang sudah masuk 3 bulan. sebelum ini kitaran haid saya tidak berfungsi dengan baik dan juga mengalami masalah kulit. kadang - kala sebulan 3 kali. But now, kitaran haid saya semakin elok dan berjalan dengan lancar dan kulit kembali pulih. saya ambil 1 biji sehari. sepatutnya 3 kali sehari, tetapi saya tak disarankan oleh doktor kerana saya masih lagi remaja.